Pelakon Serina Redzuawan bersyukur kerana akhirnya hak penjagaan kekal terhadap anak perempuan, Isabella Saffiya O’luanaigh, 9, berpihak kepadanya.
Menurut Serina, selepas tiga tahun terseksa menunggu k3s hak penjagaan anak dibicara di mahk4mah, kini dia gembira dengan keputusan itu meskipun terpaksa berp1sah dengan anak lelakinya, Tristan Tareef O’luanaigh, 10, yang diletakkan di bawah jagaan b3kas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh
“Syukur Alhamdulillah selesai sudah k3s penjagaan anak, 3 tahun kes berjalan, dah banyak air mata yang mengalir, penyeks4an yang I tanggung.
“Hari ini (semalam) mahkamah putuskan anak perempuan tinggal dengan Serina, Tristan tinggal dengan daddy dia,” katanya.
Serina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya selepas selesai perbicaraan di Mahk4mah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Katanya, dalam masa yang sama, dia sedih dan terkil4n kerana anak-anak dipis4hkan dengan cara begitu, walaubagaimanapun tetap bersangka baik dengan takdir Tuhan.
“Memang sedih terkilan dengan keputusan ni, kesian anak-anak dipis4hkan.
“Apa pun kita kena bersangka baik dengan Allah SWT, apa yang diaturkan itulah yang kita kena reda.
“Moga Allah sentiasa pelihara Tristan Tareef dengan iman yang kuat, pegang kukuh pada agama Islam. Mummy sentiasa ada di sisi. Tak guna nak berg4duh rebut anak ini amanah yang perlu dijaga bersama, hentikan dend4m semua.
“Kita kena fokus pada kasih sayang untuk kedua dua. Terima kasih papa (Chef Wan) bagi semangat dan kekuatan,” katanya lagi.
Pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.
Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bek4s suami sahaja membawa anak ke luar negara.
Perintah itu terpakai sehingga k3s induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.
Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun berc3rai talak satu di Mahk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 10 dan Isabella Saffiya, 9.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom like page kami LM Media
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“ 3 Tahun Penyeks4an Yang Saya Tanggung…”- Serina"