Sudin Dah Pandai Tunjuk Perang4i, Tuannya D3dah Terpaksa Jadi ‘Bapa Segera’ Bancuh Susu Jam 3 Pagi

MERAJvK biasanya berlaku antara pasangan yang sedang bercinta. Namun, lain pula halnya dengan k3s ini apabila si bulus pun pandai tunjuk perang4i.

Menerusi sebuah video pendek yang berdurasi 13 saat, kelihatan seekor kucing marah dan merajuk apabila gambarnya yang dilekat pada peti ais cuba dicabvt oleh tuannya.

Ketika tuannya acah-acah mencabvt gambarnya, haiwan peliharaan itu yang sedang terbaring seolah-olah beng4ng dan cuba menghalang tindakan pemiliknya.

Muhammad Amirul Ariff Razali, 22, ketika dihubungi mStar berkata kucing yang diberi nama Sudin itu merajuk seolah-olah tidak dapat menerima gurauannya.

“Melihatkan gelagatnya yang merajuk, saya terus bagi dia makan atas fridge (peti ais).

“Dia memang suka duduk atas peti ais sebab panas dan saya selalu tunjuk kat dia gambarnya ketika berusia lima hari. Sudin pun tahu tu gambar dia,” katanya.

Mengimbas kembali bagaimana dia berjumpa si comel itu, Amirul memberitahu dia mengambil Sudin di Pasar Pagi Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.

“Masa saya nampak di pasar, Sudin kecil lagi, baru dalam tiga atau empat hari. Jadi saya bawa dia balik rumah sebab takut nanti dimakan anjing,” ujar Amirul.

Sudin (kiri) bakal mencecah setahun padan bulan Mac manakala Serra kini berusia lapan bulan.

Katanya, Sudin adalah kucing pertama yang dipeliharanya, kerana sebelum ini ibu bapannya tidak membenarkannya berbuat demikian kerana b1mbang kediaman berbau bvsuk dan bulu kucing bersepah.

Namun, tambahnya, kini seisi keluarga sangat sayangkan Sudin dan menganggapnya ‘cucu’ di rumah mereka.

“Semua orang dalam rumah suka main dengan Sudin. Mak dan ayah saya pun sebelum keluar akan cakap kat Sudin kami pergi kerja dulu ya,” kata Amirul.

Jelasnya lagi, Sudin yang genap setahun pada Mac ini boleh dikatakan kucing yang manja dan jarang keluar rumah.

 

Masa saya nampak di pasar, Sudin kecil lagi, baru dalam tiga atau empat hari. Jadi saya bawa dia balik rumah sebab takvt nanti dimakan anjing.

MUHAMMAD AMIRUL ARIFF

“Kalau bawa Sudin keluar saya akan pasangkan tali, risau nanti ada kutu kat badan dia sebab Sudin selalu tidur dengan saya.

“Saya juga ada seekor lagi kucing, Serra yang usianya lapan bulan. Sudin memang berkawan dengan dia je,” katanya.

Amirul yang kini sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) dalam jurusan Pengurusan Pentadbiran sempat berkongsi kenangan yang tak dapat dilupakan bersama Sudin.

Gambar Sudin berusia lima hari inilah yang ditampal di peti ais.

“Masa saya ambil dia dulu, kecil lagi, setiap kali dia nak susu dia akan buat bis1ng. Pukul tiga atau empat pagi saya terpaksa bangun panaskan air, bancuh susu dan berikannya minum,” jelas Amirul mengimbau momen bersama Sudin.

Video tersebut mendapat lebih 358,900 tontonan dan 23,300 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen bukan sahaja terhibur melihat gelagat Sudin malah mereka juga terhibur dengan nama si bulus itu.

“Nama je g4nas, tapi hati lembut,” kata seorang netizen.

“Ok, boleh ti1u nama ni nak bagi kat kucing iolls (saya). Buntu dah nak bagi nama apa,” tambah netizen lain.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Sudin Dah Pandai Tunjuk Perang4i, Tuannya D3dah Terpaksa Jadi ‘Bapa Segera’ Bancuh Susu Jam 3 Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*