Saudi Gantvng Kemasukan Jemaah Umrah

ARAB Saudi pada Khamis menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan memb3ndung jangk1tan wab4k COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Menurut kenyataan itu lagi, pengg4ntungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjej4s akib4t COVID-19.

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang v1rus itu juga termasuk mengg4ntung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Setakat ini, tiada k3s positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber:Astro Awani

Be the first to comment on "Saudi Gantvng Kemasukan Jemaah Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*