Rihana Oksana Akan Menghantar Tengku Ismail Petra Ke Kelab Perkembangan Bayi?

Diam tak diam sudah 9 bulan usia si comel, Tengku Ismail Leon Petra, anak kesayangan Rihana Oksana. Keletah dan gambarnya sering ditunggu oleh pengikut instagram Rihana Oksana yang berjumlah seramai 606,000 orang.

Semalam, Rihana telah memaparkan beberapa keping gambar terbaru Tengku Ismail Leon dengan kenyataan “Leon telah pun berusia 9 bulan dan saya serius memikirkan untuk menghantar dia ke kelab perkembangan untuk kanak kanak. Dia telah pun mula berdiri secara yakin, tau untuk mengangguk kepala , memberi respon apabila mendengar nama dan hampir belajar untuk menepuk tangan…kepada pengikut pengikut, boleh kongsi pengalaman jika anda pernah menghantar anak ke kelab perkembangan kanak kanak? Apakah langkah terbaik untuk saya mulakan dulu?”

Nampaknya Rihana masih ramai pengikut setia instagram dari kalangan rakyat Malaysia dan rata rata memberikan komen positif dan menyatakan betapa comel dan kacak Tengku Ismail Leon kini. Ada juga antara komen yang menyebut saling tak tumpah seperti ayahnya.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Tengku Ismail Leon masih terlalu kecil untuk pergi ke kelab atau sekolah perkembangan kanak kanak dan seharusnya menghabiskan masa yang lebih dengan keluarga sendiri.

Sebagai anak tunggal, sudah semestinya Rihana Oksana mahukan yang terbaik untuk anaknya, Tengku Ismail Leon. Lebih lebih lagi sekarang sudah banyak kelab atau sekolah perkembangan awal kanak kanak (early childhood development) yang menawarkan servis terbaik. Kalau mampu apa salahnya. Apa pendapat anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : NUA

Be the first to comment on "Rihana Oksana Akan Menghantar Tengku Ismail Petra Ke Kelab Perkembangan Bayi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*