Cik B Tampil Dalam Sepahtu Reunion, Jep Terus Jadi Diva AA Buat Penonton Berdekah

Sepahtu Reunion yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna sememangnya ditunggu oleh setiap peminat sitkom bersahaja kumpulan pelawak tersebut.

Jika anda peminat setia sitkom tersebut, semestinya mengetahui format siarannya apabila pihak produksi akan mengundang selebriti lain tanpa diketahui oleh ahli kumpulan Sepahtu sendiri.

Malam tadi, sketsa Sepahtu Reunion gamat apabila anak kepada usahawa terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B hadir memeriahkan lagi pementasan.

Namun tindakan spontan Jep iaitu anggota kumpulan Sepahtu berlagak seperti Azwan Ali cukup menghiburkan.

Perkara tersebut telah menarik perhatian netizen hingga memuat naik sedutan daripada pementasan tersebut di Twitter.

Jep yang tidak semena-mena mengambil tongkat props telah menjadikan objek itu seperti monopod yang sering digunakan Azwan Ali atau Diva AA seolah-olah merakam dirinya bersama Cik B.

Umum sedia tahu bahawa ketika ini, CIk B dan Diva AA mempunyai sedikit konflik sehingga berurusan dengan peguam masing-masing.

See my level!

Tindakan spontan Jep itu bukan sahaja telah membuatkan sahaja membuatkan penonton yang berada di pementasan tersebut terhibur, malahan penonton dirumah juga gelak terbahak-bahak.

Oleh hal yang demikian, rata-rata netizen telah men1ngg4lkan komen yang pelbagai diruangan komen sumber. Mereka mengakui bahawa terhibur dengan lawak tersebut dan ada juga yang meminta Jep supaya berhati-hati dalam masa terdekat kerana khuatir akan didakwa oleh individu tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber:  Astro Gempak, Lapeqah

Be the first to comment on "Cik B Tampil Dalam Sepahtu Reunion, Jep Terus Jadi Diva AA Buat Penonton Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*