“Belum Jumpa,” Elfira Loy Pilih Besarkan Anak Sendiri, Belum Ada Calon Pengasuh Sesuai

Pelakon jelita, Elfira Loy akui lebih selesa menjaga sendiri anaknya, berbanding menyerahkan tugas berkenaan kepada pengasuh untuk menjaga anaknya, Rayyan Khalaf.

Bintang berusia 25 tahun menjelaskan, dia kini beri fokus sepenuhnya terhadap penjagaan anak pertamanya itu.

Malah, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy mendedahkan adalah sesuatu yang sukar untuk mencari pengasuh atau individu yang boleh dipercayai untuk permata hati tersayang.

“Tidak dinafikan, salah satunya saya kurang percaya dan atas nasihat ramai,  kalau nak ambil pengasuh untuk jaga anak kita pun, kena ada individu yang kita kenali juga.

“Tapi setakat ini saya belum jumpa lagi yang sesuai dan setakat ini, saya lebih suka jaga sendiri sebab dapat secara tak langsung, dapat isi masa dengan anak.

“Jadi saya memang jaga anak saya sekarang sepenuh masa saya, lihat dia membesar depan mata,” katanya.

Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal 1 Oktober lalu.

Terdahulu, bintang drama Kum Kum ini ditemui pada majlis pelancaran dan perlantikan duta produk Elegant Cosmetics di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber:MH

Be the first to comment on "“Belum Jumpa,” Elfira Loy Pilih Besarkan Anak Sendiri, Belum Ada Calon Pengasuh Sesuai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*