“Kepada Sesiapa Yang Nak Kirimkan Doa…” – Ayda Jebat Selesai Tunaikan Umrah Pertama

24 Februari lalu, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah bersama penerbit terkenal Sheila Rusly serta suaminya Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Ayda Jebat berkongsi khabar bahawa dirinya sudah selamat sampai ke Mekah dan sudah selesai menunaikan umrah pertamanya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah dan selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya,” tulis Ayda pada entri tersebut.

Pada entri tersebut juga, Ayda Jebat mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah berkecil hati atau terasa hati dengan dirinya.

“Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan,” tulis Ayda lagi pada entri tersebut.

 

Ayda Jebat kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pengacara Nabil Mahir.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kepada Sesiapa Yang Nak Kirimkan Doa…” – Ayda Jebat Selesai Tunaikan Umrah Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*