Kaka Azraff Rakam Lagu Jawapan Untuk Single Ali Gatie ‘What If I Told You That I Love You’

Penyanyi Kaka Azraff baru-baru ini sempat merakamkan lagu serta video berjudul Bila Kau Ucapkan Cinta sebagai jawapan langsung kepada lagu terbaru Ali Gatie, What If I Told You That I Love You. 

Beralunkan kord gitar dan rentak rancak, Kaka menjawab balada Ali dengan madah, “setelah kau mahukan diri ku, namun kau tak boleh memiliki diri ku”.

Nyanyian Kaka di dalam Bahasa Melayu “Bila kau katakan kau cinta, aku langsung tak percaya,” diselang-selikan dengan irama ‘catchy’ dan menarik sebagai jawapan kepada lirik Alie tentang kemungkinan kehila4ngan pasangan atau kekasih.

“Saya menyukai lagu Ali, dan saat diberi peluang untuk menjawab kepada lirik lagu asalnya merupakan sesuatu yang baru buat saya namun amat saya hargai.

“Apalagi ketika melagukannya dalam Bahasa Melayu, saya cuba membuat versi saya sendiri namun masih tidak lari dari versi asal. Saya harap Ali akan menyukainya!” kata Kaka.

Dengan lebih 1.5 bilion putaran, Ali sudahpun memulakan tahun baru dengan gah.

Beliau akan mengikuti siri jelajah seluruh dunia dan Kuala Lumpur menjadi perhentian pertamanya di Asia minggu depan!

Ali sudah bersedia untuk membuat kemunculan sulungnya di sini pada 4 Mac 2020 di KL Live, Life Center.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Kaka Azraff Rakam Lagu Jawapan Untuk Single Ali Gatie ‘What If I Told You That I Love You’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*