Drama terbaru hasil gandingan Ben Amir dan Mimi Lana nampaknya sudah pun ditayangkan episod yang ke 10 malam tadi. Drama Chandelier arahan Michael Ang ini ditayangkan di Astro Ria pada jam 10 malam. Terbaru pelakon yang semakin meningkat naik, Ben Amir berkongsikan foto lama dirinya bersama Mimi Lana.
Foto lama gandingan mereka itu dikongsikannya menerusi laman Instagram pelakon itu dan telah meraih perhatian ramai. Manakan tidak, episod drama Chandelier yang ditayangkan malam tadi menyaksikan kedua selebriti ini ‘sweet’ habis!
Berikut adalah foto lama dan terbaru sama Mimi Lana yang dikongsikan oleh Ben Amir:
Menerusi ruangan kapsyen Ben Amir cuba membuatkan pengikutnya di Instagram untuk meneka berapa tahun foto tersebut.
“From this to this 😂 cuba teka berapa tahun gambar ni #DramaChandelier”
Perkongsiannya ini telah meraih hampir 50 ribu likes. Rata-rata netizen ada yang meneka jawapan kepada persoalan itu dan ada juga yang men1ngg4lkan reaksi lain seperti berikut di ruangan komen:
“Ololo comeyynyer gamba 1st tu!! Sama cantik la korang ni”
“So comel both. Dulu muka jambu ben, mimi bambam sikit..now handsome n cantik. Padu”
“Macam budak2 sangat both of u in the former picture..n bertemu kekasih lama the latest one”
Sementara itu gandingan hebat kedua bintang ini menerusi drama Chandelier ini turut mencuri tumpuan kerana dikatakan sepadan bersama.
Sumber:Instagram Ben Amir
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Note Untuk Awak
Be the first to comment on "Ben Amir Kongsi Foto Lama Sama Mimi Lana, ‘Jambu’ Habis"