“Penampilan Terbaharu Disenangi Netizen,” Tya Arifin Kini Berhijab

Siapa yang tidak mengenali keluarga penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Beberapa anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza juga telah berkahwin dengan selebriti terkenal iaitu Izara Aisyah dan juga Tya Ariffin.

Umum sedia maklum bahawa Tya Ariffin adalah pelakon popular Indonesia dan telah menikah dengan Asyraf Khalid iaitu anak Datuk K hasil perkahwinan terdahulu kira-kira lima tahun lalu serta telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Namun begitu, sejak beberapa hari lepas, Tya Ariffin seakan memberi bayangan sudah mengenakan tudung susulan daripada posting yang dibuat menerusi Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini datang kenduri jiran bersama suami @asyrafkhalid ❤️

Siaran dikongsi oleh Tya Arifin (@tyaarifinnw) pada

Sejak 3 hari lepas, gambar-gambar serta IG story milik selebriti cantik ini kerap menampilkan dirinya berhijab dan perkara tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa dirinya sudah mulai membiasakan diri dengan hijab di kepala.

Tya juga dilihat turut mengenakan tudung semasa melawat adik iparnya Azief Khalid yang ditahan di wad semalam.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Melawat adik @aaziefkhalid tengah sakit. Mari kita doakan semoga cepat sembuh. Aminnnn🙏🏻

Siaran dikongsi oleh Tya Arifin (@tyaarifinnw) pada

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas penampilan terbaru Tya yang sangat manis. Mereka juga turut menitipkan doa agar selebriti tersebut terus istiqomah dan kekal berhijab hingga ke akhirnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Tyaariffin via Rose merah

Be the first to comment on "“Penampilan Terbaharu Disenangi Netizen,” Tya Arifin Kini Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*