“Masuk Air La, Tergelak Weh Tengok Korang”- Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Jadi Duyung Bikin Ramai Terhibur

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, Syatilla Melvin dan bukan hanya dirinya saja dikenali dalam industri hiburan tanah air malah adik-beradik perempuan selebriti jelita ini juga sudah dikenali ramai.

Bagaimanapun, Syatilla Melvin dan adik-beradiknya itu tidak hanya melibatkan diri dalam dunia lakonan malah mereka kini bergelar usahawan bersama-sama.

Perniagaan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam ini juga sudah tidak perlu diperkenalkan malah, mereka juga giat berkongsikan produk mereka menerusi laman Instagram.

Namun begitu, apa yang mencuit hati ramai lagi Syatilla Melvin ada memuat naik satu rakaman lucu dia bersama adiknya menjadi duyung yang difahamkan sedang shooting untuk produk mereka.

Ujar ibu kepada dua orang anak ini, “kenapa nak stress kalau boleh buat lawak” berjaya membuatkan peminat dan pengikutnya gelak besar melihat gelagat dua beradik ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa nk stress kalau boleh buat lawak?🤣🤣🤣 @kekasih_hq #kekasihunderthesea #satukekasihcukupke

Siaran dikongsi oleh S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) pada

Malah, posting Syatilla Melvin dilaman sosial miliknya itu meraih lebih 27 ribu tanda suka dan ribuan tontonan sejak dimuat naik olehnya.

Kata netizen, mereka memang ‘masuk air’ dan ternyata diruangan komen rata-rata merasa terhibur apatah lagi Syatilla Melvin juga sering membuatkan netizen geli hati melihat gelagatnya.

“Hahaha terhibur sis. Asal tengok Kak Tilla gelak…”

“Macam macam la korang”

“Comelnya semua…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Instagram Syatilla Melvin via AKUOKAY

Be the first to comment on "“Masuk Air La, Tergelak Weh Tengok Korang”- Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Jadi Duyung Bikin Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*