Perkembangan kesihatan bayi kesayangan Malaysia, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sememangnya sering ditunggu seluruh rakyat Malaysia. Sudahpun berusia satu tahun lebih, fizikal adik Ainul semakin menampakkan perubahan apabila semakin comel dan tembam berbeza dengan keadaannya semasa sedang bertarung nyawa dengan penyakit. Hari ini, bapanya telah memuat naik foto terbaru Ainul yang dipakaikan tocang dikepala kerana rambutnya sudah pun panjang. Bapanya juga turut menyertakan sekali kapsyen berseloroh dengan mengatakan tocang Ainul itu sebagai antena yang menyerap perkara positif disekelilingnya.
Entri terbaru daripada pemilik akaun instagram ahmadsafiudinn (Ayah Ainul):
Jom lihat video dibawah:
Pipi pau betul Ainul ni
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai koemn positif menerusi gambar yang dimuat naik. Mereka juga mengakui terhibur dengan kapsyen lucu tersebut dan turut meninggalkan komen gurauan di ruangan posting itu.
Patutlah bambam, ada ion positif rupanya
Sumber : Ahmad Safiuddin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : rimbabara.my
Be the first to comment on "Comelnya Antena Tuh, Si Tembam Ainul Mardhiah Dengan Imej Rambut Bertocang Dua Tarik Perhatian Ramai"