Dapat Hadiah ‘Birthday’ Bermakna Dari Suami, Mia Ahmad Tunai Umrah

Siapa yang tidak teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah dan perkara itu buat pelakon, Mia Ahmad akhirnya tercapai setelah menerima hadiah daripada suaminya.

Pelakon jelita ini kini semakin bahagia disisi suami, seorang penjaga gol dikenali, Izham Tarmizi dan anaknya, Sayf Issa.

Bagaimanapun, apa yang mengembirakan buat Mia Ahmad apabila dia berkesempatan untuk menunaikan umrah.

“Assalamualaikum W.b.t”

“Sebentar lagi saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Doakan perjalanan saya dan baby no 2 dipermudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T”

“Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada).”

Menerusi Instagram selain memberitahu kepada peminat dan pengikut bahawa dia akan berangkat ke Makkah semalam, dia juga berterima kasih buat suaminya.

Tambahnya lagi, dia mengatakan pada hujung tahun pula dia berh4rap untuk ke sana bersama suami dan anak.

“To my husband Izham Tarmizi terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini. Mia minta nak pergi umrah untuk birthday this year. Hujung tahun kita pergi sama-sama pula k dengan Sayf Issa. InsyaAllah.”

Diruangan komen, rata-rata mendoakan yang terbaik buat pelakon ini dan mengh4rapkan urusan ibadahnya di Tanah Suci dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Mia Ahmad via HCL

Be the first to comment on "Dapat Hadiah ‘Birthday’ Bermakna Dari Suami, Mia Ahmad Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*