Tampil Bertudung Labuh, Netizen Harap Farahdhiya Kekal Istiqamah Bertudung

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya masih belajar menerima kehilangan bapanya yang men1ngg4l dunia pada 9 Januari lalu akibat peny4kit paru-paru.

Perkara tersebut diluahkan menerusi laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar d1rinya yang kelihatan tampil memakai hijab.

“Farah masih lagi belajar untuk membiasakan d1ri hidup tanpa seorang Dada, Farah tengah belajar macam mana mengikhlaskan sebuah kepergi4n…
“…walaupon tahu Farah tidak akan sembuh dari kep3ritan kehilangan Dada, seorang yang bermakna kepada Farah, seorang yang sangat penting kepada Farah,” tvlisnya.

Kebanyakan pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu dan berharap agar bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Namun rata-rata netizen tertarik dengan penampilan Farahdhiya yang manis bertudung selain mendoakan supaya wanita tersebut kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Faradhiya

Be the first to comment on "Tampil Bertudung Labuh, Netizen Harap Farahdhiya Kekal Istiqamah Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*