10 Fakta Menarik Mengenai Jalan Raya Di Korea Utara, Jalan Paling Lengang Di Dunia

Umum mengetahui mengenai kehidupan rakyat di Korea Utara yang sangat terhad. Mereka tidak diberikan kebebasan bergerak iaitu tidak boleh ke luar negera, tiada kebebasan bersuara, tiada kebebasan mendapatkan maklumat iaitu tidak dibenarkan menggunakan akses internet, serta tiada kebebasan beragama.

Segalanya ditentukan oleh pemimpin tertinggi, Kim Jong-Il. Disebabkan itu, hidup rakyat Korea Utara dikatakan menyeksakan dan tak ramai mempunyai kemudahan asas seperti kereta, membuatkan jalan raya di negara itu lengang. 

Kami ingin berkongsi fakta mengenai jalan raya dan lebuh raya di Korea Utara.

1. Tiada tol

Jalan raya atau lebuh raya di Korea Utara tidak mempunyai tol. Namun begitu, tiada siapa boleh meninggalkan Pyongyang tanpa izin daripada pihak berkuasa, termasuklah orang tempatan dan pengunjung.

Mereka juga kurang pengangkutan awam, membuatkan kemungkinan untuk melarikan diri menjadi rendah.

2. Keluasan jalan raya yang menakjubkan

Lebuh raya di Korea Utara tersangatlah luas dan lebar. Dan disebabkan penggunaan kenderaan di lebuh raya yang tersangat sedikit membuatkan ia kelihatan lebih lapang. Keluasan lebuh raya ini mampu menjadi lokasi pendaratan pesawat.

3. Hampir tiada kenderaan

Bagi lebuh raya di Korea Utara, adalah hampir mustahil untuk melihat kenderan di atas jalan raya walaupun ia hari yang sibuk.

4. Jadi lokasi aktiviti harian

Jalan raya di Korea Utara digunakan sebagai tempat melakukan aktiviti harian oleh penduduk tempatan. Mereka akan terkejut jika terlihat kenderaan melalui jalan-jalan tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah menjemur jagung di atas jalan raya.

Baca:  'Dia Lemas Depan Aku' - Lagi 7 Bulan Nak Nikah, Bakal Suami Lemas Di Depan Mata

5. Pembaikan jalan raya

Terdapat banyak lubang-lubang di atas lebuh raya, dan ianya dibaiki oleh pekerja lebuh raya. Namun, mereka seolah-olah tidak hiraukan keselamatan dengan melakukan kerja di tengah jalan, dan hanya meletakkan papan tanda betul-betul di lokasi membaiki jalan. Ini disebabkan tiada pengguna jalan raya.

6. Kenderaan wajib bersih

Kenderaan yang kotor diharamkan untuk memasuki bandar Pyongyang. Bagi mereka yang telah menggunakan lebuhraya dan mendapati kenderaan mereka kotor, ia haruslah dibersihkan dan basuh terlebih dahulu.

7. Realiti kehidupan luar bandar

Perjalanan menggunakan lebuh raya membolehkan anda melihat sendiri kehidupan sebenar rakyat Korea Utara di kawasan luar bandar, yang mana tersangat kurang pembangunan dan infrastruktur serta teknologi. 

Kelihatan seperti mereka masih hidup di zaman 60-an.

8. Blok batu menyekat pencerobohan Amerika Syarikat

Terdapat blok batu yang sangat besar di sepanjang berdekatan dengan sempadan Korea Selatan. Ia dikatakan boleh digunakan untuk menghalang lebuhraya daripada kemasukan Amerika Syarika jika berlaku pencerobohan.

9. Hitchhiking

Terlalu ramai orang cuba untuk menahan kereta kerana ingin menumpang, namun mereka terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama sehinggakan berjam-jam.

10. Papan iklan

Apa yang menghairankan adalah kebanyakan papan iklan di Pyongyang adalah berkenaan dengan kereta, walhal penggunaan kereta adalah terlalu rendah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Baca:  Luahan Sayu Anak Ini Mencari Ibu Kandungnya - ‘Tolonglah Datang & Beritahu Apa Salah Iman?’

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Iluminasi

Hantar Komen