5 Kebaikan & Keburukan Hantar Anak Ke Tadika

Anda pening tak tahu nak hantar anak tadika atau biarkan saja mereka membesar di rumah sebelum masuk alam persekolahan? Jom tengok keburukan dan kebaikannya

Adakah anda berfikir untuk hantar anak tadika sebelum mereka memulakan sesi persekolahan mereka? 

Tadika biasanya mempunyai kurikulum dan pendekatan yang tersendiri tentang pendidikan dan memberikan banyak kelebihan, lebih-lebih lagi jika anda ibu yang bekerja.

Tapi, anda juga mesti terfikir yang anak anda mungkin akan mendapat kelebihan yang lebih kalau mereka duduk di rumah sementara mereka membesar ini.

Tak tahu mana yang baik? Jom tengok apakah 5 kebaikan dan keburukan hantar anak tadika sebelum mereka ke sekolah kelak:

5 kelebihan hantar anak tadika

Interaksi sosial adalah kemahiran terbaik yang boleh anak anda belajar pada usia yang sangat muda untuk menentukan bagaimana kelakuan mereka dengan orang lain.

Ini adalah beberapa kelebihan lain yang boleh anak anda perolehi jika anda hantar anak tadika:

  1. Tadika akan membantu anak anda membina kemahiran penting seperti menunggu giliran, mendengar, menolong satu sama lain dan lain-lain. Berinteraksi dengan rakan sebaya boleh membantu anak anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik.
  2. Program tadika boleh memberikan anak anda kemahiran pembelajaran yang lebih baik. Anak anda akan tahu asal abjad, kemahiran matematik dan pengetahuan lain.
  3. Tadika akan membantu anak anda bersedia menghadapi dari persekolahan mereka.
  4. Anak anda akan belajar berdikari dan lebih mudah untuk bergaul bila masuk sekolah nanti.
  5. Anak anda juga akan suka bermain di tadika dan kekal aktif. Anda pula akan ada masa untuk diri sendiri.
Baca:  Sapu Air Perahan Limau & Tepek Hirisan Daun Pandan Di Muka, Petua Tradisional Untuk Sakit Resdung Kronik

5 keburukan hantar anak tadika

Ada beberapa keburukan hantar anak tadika pada usia masih kecil.

Jika tadika yang anda hantar tak begitu baik, ia boleh memberikan kesan pada perkembangan anak anda.

  1. Program di tadika perlu dimampatkan suapaya anak anda dapat belajar semua benda.
  2. Anda tak tahu sama ada guru-guru di situ berpengalaman atau tidak untuk sabar melayan anak yang masih berkembang.
  3. Jika kurikulum tak bagus, ia boleh merosakkan proses pembelajaran anak anda, perhatian dan perangai mereka terhadap pembelajaran.
  4. Jika anak di sekolah tak dipantau, mereka mungkin akan mengamalkan tabiat buruk. Ini adalah masa mereka belajar tentang dunia sekeliling mereka.
  5. Beberapa kepercayaan tradisional mengatakan yang kanak-kanak akan belajar lebih banyak mengenai dunia, interaksi sosial dan kelakukan dari rumah dengan keluarga.

Sekolah yang tak bereputasi berpotensi untuk merosakkan kebolehan anak anda untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru atau lebih teruk keinginan mereka untuk belajar.

Jadi, bila anda sudah pasti dengan pemilihan tadika yang mempunyai guru dan program mengajar yang baik, anda patut pertimbangkan untuk hantar anak anda ke sekolah.

Apa pendapat anda? Nak hantar anak tadika atau tidak? Jom kongsikan ia dengan kami!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Baca:  Resepi Peanut Butter Homemade Tanpa Pengawet

 

Sumber: AsianParent

Hantar Komen