Pesawat Lion Air Bawa 189 Penumpang Sah Terhempas

Penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air yang terputus hubungan sejurus berlepas pada 6.20 pagi tadi disahkan terhempas.

Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia, penerbangan yang membawa seramai 189 penumpang itu terhempas pada jam 7.30 pagi waktu tempatan di Pangkal Pinan, Pulau Bangka Indonesia.

Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklumat mengenai status pesawat, penumpang dan anak kapal.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber: CNN via SK

Hantar Komen
Baca:  [Video] Jepun Digegarkan Pula Dengan Dua Gempa Bumi Kuat Selepas Dibadai Taufan, Korbankan Banyak Nyawa