Pakar Aviasi Penerbangan Buat Andaian Bahawa Ini Punca Kenapa Lion Air Boleh Terhempas.

Adakah satu tiub kecil besi menjadi punca kepada terhempasnya pesawat malang Lion Jet pada Isnin? Itulah persoalan yang dimainkan oleh media antarabangsa ketika ini.

Sebelum pesawat Boeing 737 MAX 8 tersebut berlepas dan terhempas pada Isnin, sehari sebelumnya juruterbang pesawat sudahpun mengadu bahawa alat kelajuan udara, ketinggian pesawat dan arah menunjukkan bacaan yang tidak stabil dan berbeza antara kapten dengan pembantu juruterbang.

Fakta ini menyebabkan ramai penganalisis aviasi membuat andaian bahawa tiub berkenaan mungkin menjadi punca kepada bencana tersebut. Bagaimanapun mereka bersetuju bahawa data daripada kotak hitam pesawat berkenaan bakal menjawab semua andaian yang dibuat.

Tiub pitot

Tiub besi yang dimaksudkan oleh penganalisis-penganalisis ini adalah tiub pitot. Sebelum ini terdapat beberapa bencana melibatkan pesawat kormesial disebabkan kegagalan fungsi tiub pitot.

Tiub pitot dipasang pada bahagian sayap pesawat ataupun disebut sebagai fiuslaj yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dan merupakan satu alat ukuran yang sangat-sangat penting untuk mengawal sesebuah pesawat. Jika terlalu perlahan, pesawat boleh menjadi statik (stall), manakala terlalu laju boleh menyebabkan pesawat pecah.

Tiub pitot pada pesawat Airbus 

Terdapat dua tiub pitot yang dipasang pada fiuslaj dengan setiapnya mempunyai dua lubang bagi membolehkan aliran udara melalui lubang tersebut. Manakala satu lubang lagi terletak pada bahagian sisi.

Lubang dibahagian depan yang membenarkan aliran udara melaluinya digunakan untuk mengukur “stagnation pressure” manakala lubang dibahagian sisi pula digunakan untuk mengukur “static pressure”. Data-data daripada yang diperoleh kemudian akan digunakan untuk mengira kelajuan udara.

Baca:  Terima Kasih TMJ, Belanja Kami...

Tiub pitot memperoleh namanya daripada seorang saintis Perancis di kurun ke-18, Henry Pitot. Henry merupakan individu pertama yang mencipta tiub berkenaan yang digunakan untuk mengukur kelajuan aliran sungai.
Sebelum ini, tiub pitot pernah menjadi punca kepada kehilangan pesawat Air France Flight 447 di Lautan Atlantik pada 2009. Para penyiasat membuat kesimpulan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan pembentukkan ais pada tiub pitot sekaligus memberikan bacaan yang tidak stabil kepada pesawat.

Penyiasat juga membuat kesimpulan bahawa kegagalan juruterbang ketika itu untuk mengambil tindakan yang telah digariskan turut menjadi punca kepada bencana tersebut.

Bagaimanapun kata penganalisis, kemalangan udara seringkali terjadi akibat kombinasi kecelaruan teknikal dan kegagalan untuk mengendali situasi dengan tepat oleh manusia.

Data daripada Flightradar24

Flightradar24 turut mendedahkan data kelajuan dan ketinggian pesawat berkenaan.

Tidak lama selepas berlepas, pesawat berkenaan mencapai ketinggian 2,100 kaki sebelum jatuh mendadak ke ketinggian 1,475 kaki. Kemudian, pesawat berkenaan direkodkan terbang turun naik diantara ketinggian 4,500 sehingga 5,350 kaki. Data berkenaan turut menunjukkan tanda penurunan sehingga menara kawalan terputus hubungan dengan juruterbang pesawat.

Menurut penganalisis, dalam keadaan normal, kedua-dua bacaan kelajuan dan ketinggian akan menunjukkan graf yang licin (smooth plateau), namun pada Isnin, data ketinggian dan kelajuan pesawat Lion Air berkenaan menunjukkan bacaan tidak sekata (turun naik).

Baca:  10 Penemuan Mist3ri Yang Meng3jutkan Sejarah Dunia

”Bacaan yang ditunjukkan membuatkan kami mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tiub pitot pada pesawat”, kata Gerry Soejatman, pakar aviasi Indonesia.

Boeing 737 MAX 8

Pesawat yang terhempas pada Isnin, Boeing 737 MAX 8 adalah pesawat komersial terbaharu keluaran Boeing. Manakala insiden yang menimpa Lion Air adalah kemalangan pertama seumpamanya yang melibatkan pesawat jenis berkenaan. Pesawat berkenaan juga merupakan versi naik taraf pesawat paling laris dijual, Boeing 737.

Lebih mengejutkan, pesawat jenis berkenaan hanya digunakan secara komersial sejak tahun lepas. Dalam kes Lion Air pula, Boeing 737 MAX 8 hanya digunakan sejak Ogos lepas dan baru menempuh 800 jam penerbangan.


Boeing 737 MAX
Menurut Presiden Lion Air, Edward Sirait, sehari sebelum kejadian pesawat berkenaan telah mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dipastikan, namun berkata perkara tersebut berjaya diatasi melalui prosedur yang ditetapkan.

Pakar yang menganalisis data pesawat sehari sebelum kejadian mereka mendapati data berkenaan menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan alat bacaan kelajuan udara.

Sejarah kemalangan

Industri aviasi Indonesia sudah sekian lama terperangkap dalam masalah kemalangan pesawat dan tuduhan tidak telus. Amerika Syarikat dan Eropah sebelum ini pernah mengenakan sekatan terhadap penerbangan Indonesia untuk beberapa tahun berdasarkan rekod buruk kemalangan udara negara republik berkenaan.

Antara kemalangan-kemalangan major yang pernah memberi luka kepada Indonesia adalah kemalangan membabitkan pesawat Air Asia ke Singapura pada 2014 yang mengorbankan 162 orang. Satu lagi adalah kemalangan Trigana Air pada 2015 di Papua yang meragut 54 nyawa.

Baca:  'Buta-Buta RM84.00 Kena Telan' - Pengguna Dakwa Baki Wang Dalam Akaun Bank Lesap

Pada 2004, pesawat Lion Air sebelum ini turut terhempas dan memakan korban seramai 25 orang.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: KlViral & YTube

Hantar Komen