‘Kau Pergi Dulu Mira’…

SHAH ALAM – Pemergian seorang penolong pengurus acara jualan, Wan Amirah Wan Alias,31, yang m4ut dalam satu kejadian l4nggar lari di Shaftbury Square kelmarin meninggalkan kesan mendalam buat seluruh kenalannya.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, seorang rakan m4ngsa, Humaira Hanafi memuat naik status yang menyentuh hati ramai netizen berikutan daripada kejadian itu.

Menurut Humaira, Allahyarh4m Amirah merupakan seorang sahabat yang baik dan sanggup berkorb4n bagi menunaikan permintaan rakan-rakan lain.  

“Kau pergi dulu Mira.. Banyak benda yang kita dah share (kongsi) sama-sama kan?

“Kau rakan bilik aku, kau telan saja apa yang aku masak. Sedap ke tak kau telan juga kan.

“Kau selalu angkut aku ke mana saja lepas kelas. Kau ikut lepak dengan kawan-kawan aku walaupun kau diam seribu bahasa. Tapi lepas itu kau nak join lagi. Terima kasih Mira,”tulisnya

Terdahulu, akhbar melaporkan, seorang wanita m4ut dalam kejadian l4nggar lari di depan bangunan Kedai Shaftbury Cyberjaya.

Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, Wan Amirah, dilihat melintas jalan sebelum dir3mpuh sebuah kenderaan yang dipandu ‘gila’ malam kelmarin.

M4ngsa yang dihantar  ke Hospital Putrajaya untuk rawatan disahkan meningg4l dunia jam 4 pagi semalam.

Difahamkan, polis turut menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan susulan daripada kejadian itu.

Di samping itu, Humaira berkata rakan baiknya itu juga sering merancang untuk menganjurkan majlis reunion bersama rakan-rakan lain sebelum ini.

“Kau selalu plan gathering, tapi muka-muka yang sama juga muncul. Tapi tadi Mira, bukan muka yang sama muncul. Semua orang datang tengok kau Mira.

“Ramai kawan-kawan kau Mira, semua sayang sangat dekat kau. Kau tak pernah keseorangan Mira. Satu Malaysia doakan kau,”tulisnya.

Perkongsian Humairah itu turut mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih di atas kejadian itu.

Baca:  [FOTO & VIDEO] "Tak Pernah Lupa Bawa Jalur Gemilang".. Mat Redho Juara Ninja Challenge League 2018

Menurut Iskandar Iss, Allahyarham4h merupakan seorang yang disenangi oleh rakan-rakannya walaupun dia seorang pendiam.

“Al Fatihah. Walaupun dia pendiam, tapi disenangi kawan-kawan sekeliling. Semoga rohnya dirahmati ALLAH,”tulisnya.

Selain itu, Nur’aura Izzatty turut berkongsi rasa sedih di atas kejadian tersebut dan berharap agar roh mangsa ditempatkan bersama orang beriman.

“Semalam dapat tahu sedih sangat dugaan Mira terus pergi, ALLAH benar-benar sayangkan Mira. Semoga Mira ditempatkan bersama orang beriman,”katanya.

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN :

CYBERJAYA – [DIKEMASKINI] Polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita  yang dipercayai terlibat dalam kes l4nggar lari hingga menyebabkan seorang penolong pengurus acara jualan m4ut, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya turut mer4mpas sebuah kereta jenis Hyundai yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenay4h (JSJ) Selangor men4han seorang lelaki warga Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan, awal pagi tadi.

“Anggota polis kemudian menahan dua lelaki warga Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berasal dari Sabah berusia 32 tahun di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya.

“Kesemua yang ditahan adalah pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya. Seorang daripada lelaki yang ditahan mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut semasa kem4langan,”katanya.

VIDEO KEJADIAN :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Baca:  'Mulutnya Penuh Dengan Darah' - Bayi Terima 6 Jahitan Di Lelangit Kerana Tertusuk Batang Aiskrim

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : Sinar Harian

 

Hantar Komen