‘Maaf Halang Yodah Beli Kereta’ – Graduan UIAM Meningg4l Dunia Kem4l4ng4n, Luahan Ini Sebak

GOMBAK: Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Raudhah Nasuhah Mokhtar yang meningg4l duni4 dalam satu kem4lang4n jalan raya, September lalu menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-34, hari ini.

Ibu Allahyarham, Rahimah Ahmad Shah, 57, menerima Ijazah Anumerta Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) dengan kepujian bagi pihak anaknya yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Gabenor UIAM, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee.

Rahimah ketika ditemui berkata, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika nama anaknya diumumkan untuk menerima ijazah.

Katanya, beliau berbangga dengan pencapaian anaknya itu, malah lebih menggembirakan kesembilan-sembilan anaknya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Saya memang beberapa hari ini asik menangis sahaja teringatkan dia (Raudhah). Pagi tadi (semalam) kami semua ke kvbvr dahulu menziarahi 4rw4h.

“Tiada kata-kata terakhir sebab ketika kejadian (kem4lang4n) kami di Pontian, Johor, arwah di Klang, Selangor, tiba-tiba dapat panggilan memaklumkan dia m4ut dalam kem4lang4n.

“Memang terperanjatlah sebab dia tidak sakit.vIbu tunggal itu berkata, anak ketujuhnya dari sembilan beradik adalah seorang yang pendiam tetapi cukup membahagiakan keluarga.

“Harapan setiap ibu sudah tentu mahu lihat dia seperti berkahwin, apapun saya redha dengan ketentuan ini tetapi bila lihat ramai-ramai (graduan yang bergraduasi) memang sayu,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen berkenaan.Yang turut hadir Rektor UIAM, Profesor Emeritus, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Baca:  Masyallah, Bayi Dicampak Dari Tingkat 3 Berhampiran Hentian Kajang

Terdahulu, Syed Hussien dalam ucapannya berkata, semua graduan disaran supaya meneruskan kecemerlangan dan tidak terhenti setakat di peringkat universiti sahaja.

“Sebagai graduan UIAM, saya berharap kamu sedar bahawa anda terhutang budi kepada keluarga dan masyarakat, justeru, perlu menjadi contoh kepada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk belajar di universiti,” katanya.

Majlis konvokesyen selama empat hari bermula kelmarin hingga esok itu, menyaksikan seramai 5,413 graduan dari 16 fakulti diraikan, masing-masing 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Pada sidang keempat itu, seramai 827 graduan menerima ijazah membabitkan bidang pengajian kejuruteraan dan pengajian pengurusan bahasa.

Berkongsi pula di media sosial twitter, luahan sayu abang allahy4rh4m ini buat ramai sebak..

VIDEO:

 

AL-FATIHAH. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : Haikal Mokhtar via Ohbulan & BH

Hantar Komen