Resepi Puding Kastard Jagung Yang Cair Dimulut Anda

Terasa nak buat dessert atau pencuci mulut tapi takda idea? Haa jom buat puding kastard jagung! Mudah je, sedap pun sedap..Selamat mencuba! 

Resipi Puding Kastard Jagung 

Bahan-Bahan

  • 1 paket tepung kastard (300gm)
  • 1 tin susu cair
  • 6 cawan air
  • 1-2 cawan gula pasir ikut manis masing-masing
  • Sedikit garam
  • 2 sudu marjerin
  • 1 tin jagung

Cara Penyediaan

  1. Campur tepung kastard,susu cair,air,garam,gula dalam satu bekas.
  2. Kacau hingga sebati dahulu kemudian baru masak atas api.
  3. Kacau hingga meletup-letup dan berkilat. Kemudian masukkan jagung dan marjerin. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.
  4. Masukkn ke dalam acuan ikut citarasa sendiri. Sejukkan di dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Kredit Resepi dan Foto: JJ Pau Mawarblog.sassezz

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber

Hantar Komen
Baca:  Cara Mudah Buat Mayonis Homemade , Lebih Sedap & Jimat