Resepi Nasi Goreng Tomyam Meletop Yang Memang Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Memang sedap resepi nasi goreng tomyam yang perencah atau perasa utamanya sama ada anda boleh gunakan kiub pati tomyam atau perencah tomyam yang di dalam botol tu. Ganding bersama sambal belacan dan juga hirisan timun memang sangat sesuai.

Selain senang untuk disediakan sebab dah ada sayur dan lauk sekali, memang sesuai sangat untuk para isteri atau suami simpan resepi nasi goreng tomyam ini dibuat bekal ke tempat kerja nanti.Letak sayur banyak-banyak lepas tu kalau nak buat telur dadar goreng sebagai hidangan sampingan pun boleh.

Tips untuk penyediaan resepi nasi goreng tomyam yang boleh anda gunakan adalah :

1- Gunakan nasi putih yang baki semalam untuk dapatkan tekstur nasi goreng yang sebiji-biji atau berketul. Jangan gunakan nasi yang baru dimasak nanti nasi goreng anda akan lembik dan meleka.

Kalau tiada nasi baki semalam, boleh masukkan kuantiti nasi yang ingin digunakan dalam bahagian sejuk beku sekitar 10-15 minit.

2- Untuk lagi sedap, gunakan bahan tumis iaitu bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk bukan dikisar.Jus hasil bawang yang ditumbuk lagi sedap daripada dikisar.

Terima kasih kepada Puan Noorhafizah Ismail atas sumbangan resepi nasi goreng tomyam ini.Semoga hidup anda sentiasa dimurahkan rezeki.

Bahan Resepi Nasi Goreng Tomyam:

Kuantiti sukatan bahan untuk 2-3 orang makan ya.

Baca:  Cara Masak Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi

4-5 senduk nasi putih

2 sudu makan cili kisar

3 sudu makan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk atau dikisar

3 kiub pati tomyam

2 batang serai sederhana dihiris serong

5 tangkai cili padi ditumbuk jika anda mahu pedas

2 helai daun limau purut

Lauk udang /sotong/ayam ( pilihan )

Sayur-sayuran yang ada seperti kubis bungan dan lobak merah

3 sudu makan minyak untuk menumis

Kena dengan telur dadar memang berbaloi resepi nasi goreng tomyam ni.Antara menu nasi goreng kegemaran kami.Boleh la anda cuba buat di rumah nanti
Cara Penyediaan Resepi Nasi Goreng Tomyam :

#1: Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan bahan tumbuk atau kisar dahulu. Baru masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak pada api sederhana kecil.

#2: Dah pecah minyak, masukkan kiub pati tomyam, daun limau purut yang dihiris,serai dan lauk pilihan seperti ayam  dahulu.

Tapi kami suka goreng ayam kosong dengan sedikti minyak terlebih dahulu baru masukkan dalam perencah.Senang dna cepat. Tapi kalau anda nak masukkan ayam mentah pun boleh cuma potong kecil supayan senang masak.

Biarkan lauk ayam masak baru masukkan udang dan sotong serta sayur pilihan. Jika nampak pekat, tambah sedikit air dalam perencah nasi goreng tomyam ni.

#3: Masukkan nasi putih dan besarkan sedikit api serta kacau sebati.Jangan besarkan api untuk elakkan hangit di bahagian bawah . Kacau 4-5 minit dan  sesuaikan rasa. Biasanya tak perlu garam dah sebab kiub pati tomyam dah cukup masinnya.

Baca:  Pasta Paling Ringkas & Sedap, 15 Minit Siap

Bila nasi goreng dah kering boleh la tutup api dan dimakan bersama sambal belacan hirisan timun atau keropok keping.

Kena dengan telur dadar memang berbaloi resepi nasi goreng tomyam ni.Antara menu nasi goreng kegemaran kami.Boleh la anda cuba buat di rumah nanti

Memang sangat senang untuk anda sediakan sebagai menu makan makan malam atau sarapan pagi. Selamat mencuba.

kredit: daridapur

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber

Hantar Komen