“Tengok Bulu Mata Pun Dah Kenal”- Gaya Diva Che Ta Bertumit Tinggi, Pakai Bulu Mata Palsu Sambil Jinjit Beg Berjenama Ke Stadium Ini Memang Win!

Setiap kali adanya liga bola sepak melibat pasukan Skuad Harimau Malaya, pasti mata akan tertumpu kepada para selebriti kita yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang menyokong pasukan negara menerusi sesebuah perlawanan.

Selain kemenangan buat negara yang dicari, kehadiran figura terkenal ke stadium juga pasti akan memancing mata ramai.

Kisahnya malam tadi, beberapa selebriti terkenal turut dilihat tidak mahu melepaskan membarakan semangat dengan hadir ke stadium di Stadium Nasional Buk Jalil bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand bagi Piala Suzuki.

Antaranya ialah penyampai radio Era, Radin, Elizabeth Tan, Lan Pet Pet dan ramai lagi. Bagaimanapun, kehadiran Rozita Che Wan ke stadium tentunya menjadi buah mulut ramai apabila bintang yang sinonim dengan imej glamor itu hadir ke stadium, lengkap dengan bulu mata, tas tangan berjenama dan kasut potongan boot tumit tinggi!

Mengenaikan persalinan kuning dan hitam, penampilan Che Ta yang setia dengan signaturenya mengejutkan ramai. Malah, beberapa keping foto sekitar turut dimuat naiknya menerusi Insta Stories.

Sementara menerusi Instagram Anas Zahrin yang juga merupakan jurufoto dan kenalan Che Ta, dia ada memuat naik gambar penuh Che Ta. Memang win dan tak pernah kalah gaya!

Malah netizen turut memuji kecantikan Che Ta itu. Jom baca komen netizen:

Dia ni tak penat ke cantik 24H! Tengok bulu mata pun dah kenal Che Ta!

Baca:  [VIDEO] "Orang Bandar Petik Rambutan...Huru Hara.." - Erma Fatima

So DIVA!

Turut sama hadir menemaninya ke stadium ialah suami, aktor Zain Saidin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Terima Kasih!

Sumber: MediaOhsem

Foto: Instagram Anas Zahrin, IG Stories Rozita Che Wan

Hantar Komen