[GAMBAR] Saga Cinta Agung, Priyanka Chopra Kini Bergelar Mrs Nick Jonas! Fuhh Meriah..

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra yang kini sah menjadi suami isteri.

Pasangan itu berkahwin dalam satu upacara di India sambil dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka.

Dalam pada itu, baik Nick dan Priyanka sendiri berkongsi foto majlis yang bermakna buat mereka itu di laman Instagram masing-masing.

“Antara salah satu perkara yang paling bermakna adalah apabila menyatukan dua buah keluarga yang sayang dan hormati kepercayaan dan budaya masing-masing.

“Dan juga merancang perkahwinam ini juga adalah sesuatu yang sangat best. Perkara paling utama dalam satu perkahwinan untuk gadis India adalah ‘mehendi’,” tulis Nick.

Nick dan Priyanka mula digosipkan bersama apabila kelihatan mesra di Met Gala Mei 2017.

Mereka kemudiannya bertunang empat bulan menerusi adat istiadat di India.

[GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India!

Khabar angin mengatakan bahawa Nick Jonas dan pasangannya, Priyank Chopra akan berkahwin hujung minggu ini dalam satu upacara tradisional di India.

Malah, pasangan itu juga telah melakukan upacara pra-perkahwinan mengikut adat tradisional di India dan dikatakan akan membuat satu lagi majlis di Amerika nanti.

Lebih menguatkan lagi andaian tersebut apabila kelihatan ahli keluarga Nick dan teman rapat pasangan itu tiba di India, semalam.

Antaranya adalah abang kepada Nick iaitu Joe dan tunangnya, Sophie Turner, Kevin dan isterinya, Danielle, ibu bapa Nick iaitu Denise dan Paul serta ibu Priyanka, Madhu semuanya kini berada di Jodhpur bagi meraikan pasangan itu.

Baca:  [VIDEO] “Adeii.. Semakin Merebak Ni, Part Last Tu yg paling lawak giler.” – Achey

Bagaimanapun, difahamkan bahawa Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dikatakan tidak dapat hadir ke perkahwinan mereka atas sebab kesihatan.

Ogos lalu, pasangan ini bertunang mengikut cara tradisional di India dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga.

Malah, berita pertunangan mereka juga turut disampaikan sendiri menerusi laman instagram masing-masing.

[GAMBAR] Cemburunya Lihat Foto Mesra Nick Jonas & Priyanka Chopra. Ramai Kata ‘Match Made In Heaven’!

Pasangan pelakon, Nick Jonas dan Priyanka Chopra sememangnya kelihatan sangat comel bersama.

Apatah lagi, pasangan itu kini tidak lagi berahsia dan sering berkongsi foto ‘bae’ masing-masing di laman media sosial.

Terbaru, Nick dilihat terbang jauh ke India bagi meraikan hari ‘Thanksgiving’ bersama keluarga Priyanka.

Malah, sebelum ini juga Nick dan Priyanka juga turut mempunyai ‘double date’ bersama dengan abang Nick, Joe Jonas dan Sophie Turner.

Apa-apapun, MH nak kongsi momen-momen bersemut Priyanka dan Nick.

Sebelum ini, Nick dan Priyanka mengejutkan peminat apabila bertunang dalam satu majlis tertutup Ogos lalu.

Pasangan itu sudah digosipkan bersama sejak pertengahan tahun ini apabila dilihat mesra ketika Majlis MET Gala lalu.

Namun, persoalan bilakah tarikh perkahwinan mereka masih tidak diketahui.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Baca:  [VIDEO] Ingatkan Gimik, Baby Shima Pengsan Selepas Buat Persembahan

 

Sumber: Glamour & Media Hiburan & MediaOhsem

Foto: Carian Google & Instagram Nick Jonas & Priyanka Chopra

Hantar Komen