“Pertama Kali Saya Menjejakkan Kaki Ke Mekah & Madinah Tanpa Suami Tercinta” – Nora Mohon Doa Peminat

Penyanyi Nora berharap agar orang ramai dapat mendoakan perjalanannya untuk menunaikan ibadah umrah akan berjalan dengan lancar.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nora mengakui ini merupakan kali pertama dia mengejarkan ibadah Umrah tanpa ditemani oleh suaminya, komposer arwah Johan Nawawi.

Kapsyen IG:

“Buat ahli keluarga yang disayangi, anak-anak, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan serta peminat-peminat yang dikasihi @fanoratik.nora, In Shaa Allah pada 3 Disember 2018, saya akan berangkat menunaikan umrah tajaan DSV Dato Seri Vida yang bermurah hati memberikan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara, yang sangat-sangat berharga untuk saya. 

“Terima kasih banyak-banyak Dato. Saya berdoa semoga Dato terus berjaya & bahagia dalam redha Allah dunia akhirat. In Shaa Allah. Dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun & maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya, sekiranya ada tersalah apa-apa, samada sengaja atau tidak.

“Perasaan sayu sukar digambarkan kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah tanpa suami tercinta. Doakan perjalanan & ibadah saya dipermudahkan oleh Allah SWT. 

“Selamat pergi & pulang kepangkuan anak-anak tersayang. Moga selepas umrah saya kali ini, akan datang tahun baru 2019 dengan sinar & semangat baru serta rezeki yang bertambah untuk saya terus melangkah menjalani kehidupan yang lebih sempurna demi anak-anak.

“Memegang tugas sebagai penyanyi, bapa, ibu tunggal adalah satu tugas yang amat mencabar. Semoga Allah memberi ilham, petunjuk ,hidayah dan pedoman utk saya menjadi muslim yg lebih baik. Dengan izin Allah. Salam sayang dari saya. Wasalam Nora Ariffin,” tulisnya.

Baca:  Pelakon Veteran, Wan Maimunah Menderita Jangkitan Kuman Paru-Paru

Rata-rata mendoakan agar segala ibadah yang dilakukan oleh Nora akan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana nanti.

Arwah Johan menin ggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Gempak

Hantar Komen