“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Risau Status Anak Angkat, Tapi Akhirnya ‘Status’ Tiara Dah Selesai..

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Pelawak dan penyanyi popular Achey akhirnya menghela nafas lega apabila anak angkatnya, Tiara Zinnirah kini sah menjadi mahramnya.

Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya, Nor Hasanah Yahaya gagal menghasilkan susu badan sendiri.

“Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.”Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.“Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.“Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya,” kata Achey.

Achey yang ditemui pada sidang media DYXY Showcase 2018 Tour di KLCC semalam urusan untuk menghalalkan Tiara dan keluarganya sedikit sebanyak merisaukannya.

“Saya mendapatkan pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukan saya.

“Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.

“Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya,” tambahnya.

 

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei lalu.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Baca:  [VIDEO] “Who Says That My Dreams Have To Stay Just My Dreams? - Ariel “ - Parti Harijadi Lara Alana Si Penglipur Lara Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Di Sambut Meriah

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : Gempak and IG via II

Hantar Komen