Kesihatan Agak Lemah Tapi Bersemangat. Doakan Kesihatan Zaibo

SEJAK dua hari lalu kecoh di media sosial mengenai keadaan kesihatan pelakon Zaibo yang dikatakan kini sedang tenat akibat penyakit kanser esofagus tahap empat yang dihidapinya.

Zaibo yang terkenal dengan watak Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan gambar yang tersebar telah dirakamkan beberapa bulan lalu.

Posting tentang keadaan Zaibo yang tular di Facebook

Gambar berkenaan menunjukkan keadaan fizikal Zaibo yang sangat kurus dan lesu.

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang baik, cuma perlu rehat yang cukup selepas membuat rawatan kanser.

“Itu adalah gambar lama dan saya kini berada di Johor untuk meneruskan rawatan susulan,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Zaibo semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada September

Menerusi perbuatan telefon bersama Zaibo, 62, dia bagaimanapun kedengaran agak lemah.

Sungguhpun demikian, dia memohon agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif dan sebaliknya berharap orang ramai mendoakan kesejahteraannya.

September lalu, industri dikejutkan dengan khabar duka apabila Zaibo mengakui menghidap penyakit kanser esofagus tahap empat.

Zaibo minta peminat tidak percaya khabar angin dia sedang tenat

Cerita Zaibo, dia diberitahu menghidap kanser tersebut apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.

Esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.

Baca:  [VIDEO] “Dah Pass Ke Belum Eh Untuk Jadi Calon Menantu ni?”-Aaira Ameena

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

Sumber: Mstar & Melodi

Hantar Komen