I Can See Your Voice Musim 3 Bakal Bertemu Penonton, Ramai Tak Sabar!

I Can See Your Voice adalah sebuah program berupa ‘penyiasatan’ yang mana artis jemputan akan menyiasat siapakah yang  penyanyi dan penyamar. Memasuki musim ke-3 nampaknya I Can See Your Voice akan mula bertemu peminat rancangan ini tidak lama lagi.

Rancangan berbentuk hiburan tersebut tetap mengekalkan pengacaranya sebelum ini iaitu Shuk dan Sean Lee untuk musim ketiga ini. Episod pertama rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim ketiga ini akan disiarkan pada Ahad ini jam 9 malam di TV3.


Ropie dan Mira Filzah

Tetamu jemputan bagi episod kali ini adalah Ropie dan Mira Filzah sebagai panel penyiasat. Kelihatan Jihan Muse dan Mark Adam kekal sebagai penyiasat tetap dan Seelan Paul digantikan oleh Yusry KRU.

Manakala artis jemputannya pula adalah Sham Visa. Buat peminat Sham bolehlah ubati kerinduan dengan menonton rancangan I Can See Your Voice Malaysia episod pertama ini nanti!

Berikut adalah video pendek promo bagi episod pertama ini:

Nampak macam ‘pecah’ je dengan gelagat Ropie dan lain-lain.

Ini pula perkongsian dari Jihan Muse menerusi laman Instagramnya…

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA SEASON 3. 16th feb 2020. Ootd @nabilvolkersofficial #icsyvmy #icsyvmy3 #jihanmuse

Siaran dikongsi oleh JIHAN MUSE (@jihanmuse) pada

Nampaknya ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton episod pertama I Can See Your Voice musim ke-3 ini apabila rata-rata netizen meninggalkan komen seperti berikut:

“Tak shabarrr. Lawa la Jihan”

“Yeah tak sabar nak tengok..”

“Bestnya..Tak sabar nak tgu”

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TV3 Malaysia / Jihan Muse via HCL

Be the first to comment on "I Can See Your Voice Musim 3 Bakal Bertemu Penonton, Ramai Tak Sabar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*