Kenal Sejak Kecil, Bella Astillah Dedah Sikap Sebenar Naim Daniel

Penyanyi, Naim Daniel semakin menjadi perhatian rakan selebriti dan peminat selepas meraih gelaran juara di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah.

Lalu, rata-rata rakan selebriti turut memberi ucapan tahniah atas kejayaan Naim merangkul gelaran juara di anugerah muzik tahunan berprestij itu.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah misalnya ada menitipkan ucapan tahniah seterusnya mendedahkan sikap baik Naim menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, Naim memiliki bakat nyanyian yang hebat dan sangat merendah diri.

“Congratulations @naimdanielx Talented, humble and kind. 1 thing about Naim, tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah bujang sekarang attitude tetap sama. Sangat baik dan hormat orang tua.

“Kalau jumpa bella salam and mesti akan tanya mana mama ayah even tho ayah jauh kat dalam kereta dia pergi juga sebab nak salam.

“MashaAllah didikan dari keluarga yg baik. Your parents must be proud of you! Like everyone else do,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dimiliki oleh Naim.

Foto: Instagram Bella Astillah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: MH via Lepat Pisang 

Be the first to comment on "Kenal Sejak Kecil, Bella Astillah Dedah Sikap Sebenar Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*