Ingatkan Sampul ‘Duit Salam’ – Jurufoto Imbau Saat Isinya Dikeluarkan, Tak Sangka Tular Lagi!

“BERCERAI kasih tal4k t1ada… kau pergi sebelum aku bersedia melepaskannya”

Itulah bait-bait penuh mervntun hati ditulis oleh seorang suami di belakang sekeping gambar isteri tercinta yang men1nggal dun1a beberapa tahun lalu.

Malah dia juga memegang erat gambar arw4h isterinya agar sama-sama dapat ‘merasai’ kegembiraan sempena hari bahagia anak perempuan mereka.

Kisah penuh h1ba itu dikongsi oleh seorang jurufoto, Mohd Hafizan Ilias di Facebook miliknya tiga tahun lalu.

Namun ia kembali tvlar di media sosial baru-baru ini selepas dikongsi oleh beberapa blog.

Ketika dihubungi mStar, Hafizan berkata sepanjang enam tahun menjadi jurufoto, pengal4man menyaksikan momen penuh h1ba itu benar-benar memberikan kesan mendalam kepada dirinya.

Posting yang dikongsi oleh Hafizan beberapa tahun lalu yang kembali tvlar baru-baru ini.

“Sebenarnya saya membuat perkongsian mengenai kisah pakcik Omar Hashim di Facebook pada 2017 ketika menjadi jurufoto majlis pernikahan anak perempuannya di Kampung Gajah, Perak.

“Ketika nak rakam gambar upacara akad nikah yang berlangsung pada Jumaat, saya minta ibu bapa pengantin untuk turut serta sebab nak shoot family photo. Tapi pengantin perempuan kata ibu telah t1ada.

Hafizan berkata kisah Pakcik Omar meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya sejak menjadi jurufoto enam tahun lalu.

“Tiba-tiba ayahnya keluarkan sekeping gambar arw4h isterinya. Selesai merakam gambar pada upacara akad nikah, saya tergerak nak kongsi kisah itu di Facebook.

“Esoknya majlis persandingan, saya nampak pakcik bawa sampul besar bersamanya. Ingatkan sampul isi ‘duit salam’. Semasa tengah nak shoot, pakcik itu kata ‘nanti dulu, belum cukup korum’ sambil dia keluarkan potret arw4h isterinya dari sampul yang dikeleknya,” cerita lelaki berusia 34 tahun itu mengimbas semula peristiwa berkenaan.

 

Kisah itu menunjukkan betapa kasihnya seorang suami terhadap isterinya. Saya sendiri ada isteri dan anak-anak, kadang kala saya terfikir mampukah saya menjadi seperti dirinya.

HAFIZAN ILIAS

JURUFOTO

Ujarnya, saat menyaksikan gelagat warga emas itu, perasaannya bercampur baur.

“Saya rasa sedih, terharu dan macam-macam lagi. Melalui apa yang diberitahu anaknya, ayah mereka sanggvp p4tah balik ke rumah yang terletak di Ipoh pada pagi majlis persandingan semata-mata nak ambil gambar arw4h ibu mereka.

“Mungkin Pakcik Omar mahu gambar arw4h kelihatan lebih jelas. Sebab itu dia sanggup pulang dan ambil potret yang lebih besar,” ujarnya lagi.

Pakcik Omar membawa sampul berisi potret arwah isterinya sewaktu majlis perkahwinan anak perempuannya.

Hafizan berkata, dia kemudian memutuskan untuk membuat perkongsian yang kedua kerana ters3ntuh menyaksikan momen indah itu sekali lagi, di mana posting itu meraih sehingga 17,000 shares.

Sewaktu majlis bertandang sebelah pihak pengantin lelaki sehari kemudian, Hafizan berkata, dia dihampiri bapa pengantin perempuan yang bertanyakan mengenai kisahnya yang tvlar di Facebook, gara-gara posting yang dikongsikan sebelum itu.

“Pakcik Omar beritahu saya, isterinya sudah lama men1nggal dun1a. Dia izinkan saya kongsi jika ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Ketika itu, dia tuliskan sesuatu pada kertas kecil dan beri kepada saya.

Foto sewaktu majlis bertandang, di mana Pakcik Omar tidak pernah lupa membawa gambar arwah isterinya bersama-sama.

“Dia tulis ‘bercerai kasih t4lak t1ada… kau pergi sebelum aku bersedia melepaskannya’. Bait itulah yang ditulis di belakang gambar arw4h, sebab sebelum ini saya ada bertanya kepadanya apa tulisan di belakang gambar.

“Saya tak sangka pula ia kembali viral baru-baru ini sebab kisah itu dikongsi di Facebook dah tiga tahun. Walaupun dah lama, ia pengalaman yang sangat tak dapat dilupakan.

“Kisah itu menunjukkan betapa kasihnya seorang suami terhadap isterinya. Saya sendiri ada isteri dan anak-anak, kadang kala saya terfikir mampukah saya menjadi seperti dirinya. Disebabkan itu saya sangat kagum dengan Pakcik Omar,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "Ingatkan Sampul ‘Duit Salam’ – Jurufoto Imbau Saat Isinya Dikeluarkan, Tak Sangka Tular Lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*