“Terputus Sudah”- Penyampai Radio Hot FM Buat Video Berlatarkan Lagu Abam Bocey

Pemerg1an Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan sememangnya dirasai oleh ramai pihak. Tidak kira ahli keluarga, rakan mahupun peminat namun semua yang mengenalinya juga terkesan dengan keh1l4ngan pelawak ini.

Ternyata, pelawak berusia 32 tahun ini sangat disenangi dan disayangi ramai dan terhenti-henti Abam menjadi sebutan ramai.

Terbaru, Shuib Sepahtu selaku rakannya dalam industri yang sama memuat naik satu rakaman video dengan berlatarkan lagu daripada Abam Bocey yang berjudul Sikasih. Dia bersama dua rakan penyampai radio Hof FM iaitu, Shuk Sahar dan Fizie menerusi video yang dikongsikan ini.

Video berlatarkan lagu Abam Bocey

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terputus sudah 😭 . . @shuk_hotfm @fizie_hotfm @hotfm976 #gengpagihot #gph #tiktok #Sikasih #Alfatihah

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) pada

Diruangan komen menerusi posting Shuib Sepahtu dengan menulis kapsyen ‘terpvtus sudah’, ada juga netizen akui tidak dapat menahan air mata selepas mengetahui berita pemergian Abam Bocey.

“Lagu yang dia buat tuh macam tahu…”

“Lagu dia pun semuanya ada maksud…”

 

“Pagi-pagi da nangis bile dengar…”

Untuk pengetahuan ramai, lirik video nyanyian Abam Bocey bertajuk Sikasih itu telah dimuat naik pada 22 Februari 2019 dan ternyata lagunya itu membuatkan ramai tersentuh.

Bait lirik lagunya pasti membuatkan pendengar mengalir air matanya apatah lagi ia merupakan karya terakhir ditinggalkan oleh pelawak terkenal ini.

Sehingga kini juga, lebih 1 juta pendengar merasa tersentuh dengan nyanyian Abam Bocey.

Lebih 1 juta pendengar tersentuh

Allahyarham Abam dilaporkan pergi men1nggalkan semua di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi pada Isnin.

Sumber: Shuib SepahtuFuturemusic Entertainment via HCL

Be the first to comment on "“Terputus Sudah”- Penyampai Radio Hot FM Buat Video Berlatarkan Lagu Abam Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*