“So Cute!” – Siti Saleha Kongsi Foto Zaman Kanak-Kanak, Comel!

Pelakon dan model, Siti Saleha baru-baru ini berkongsikan satu foto dirinya pada zaman kanak-kanak. Perkongsian menerusi laman Instagram miliknya sendiri itu membuat ramai yang melihatnya ‘cair’ akan kecomelan Siti Saleha ketika kecil.

Siti Saleha yang sering muncul di kaca TV menerusi beberapa drama lakonannya seperti Mia Adriana, 7 Hari Mencintaiku, Nora Elena dan banyak lagi ini sememangnya diakui memiliki paras rupa sedap dipandang.

Selain itu, Siti Saleha juga memiliki darah kacukan berketurunan Inggeris dan Melayu serta adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam.

Menerusi perkongsian foto dari Siti Saleha itu, kelihatan dalam foto berkenaan ada dua kanak-kanak perempuan yang comel di depan TV. Turut disertakan tulisan kapsyen olehnya:

“Stop picking your nose Saleha”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Stop picking your nose Saleha 😆

Siaran dikongsi oleh SITI SALEHA (@sallywho) pada

Berdasarkan kapsyen yang ditulis itu, pastinya kanak-kanak yang berbaju merah adalah dirinya. Alahai comel! Kalau tiada kapsyen sebegitu pasti tidak boleh meneka yang mana satu Siti Saleha masa kecil.

Perkongsiannya itu telah meraih lebih 11 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai foto Siti Saleha zaman kanak-kanak ini di ruangan komen seperti berikut:

“Why do u need to grow up? Cute betul”

“Hahahahah shoo cuteeee”

“You’re so cute kecik2…best pulak semakin pretty”

“Macam anak mat saleh laah kak..”

Sumber: Siti Saleha via HCL

Be the first to comment on "“So Cute!” – Siti Saleha Kongsi Foto Zaman Kanak-Kanak, Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*