Reaksi Mar4h Bikin Lucu, Anak Bella Astillah Jatvh Bermain Gelongsor

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, anda pasti faham bagaimana seronoknya taman permainan untuk kanak-kanak, baik yang indoor mahupun outdoor.

Taman permainan menawarkan kanak-kanak pengembaraan dunia mereka sendiri. Dalam pada masa yang sama mereka boleh berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain ketika bermain sekali gus mengajar mereka kemahiran bersosial.

Selain dapat berseronok dalam ruangan yang terkawal dan selamat, meluangkan masa di taman permainan juga dapat mendedahkan si cilik kepada senaman dan latihan kecergasan.

Mengajar pelbagai benda baharu.

Bermain dengan buaian, jongkang jongket ataupun gelongsor juga dapat membantu mengembangkan kekuatan dan fleksibiliti mereka.

Risiko kemalangan kecil tidak dapat dielakkan ketika bermain kerana kemahiran motor mereka masih belum berkembang sepenuhnya, namun ia mengajar anak untuk bangun dari kejatvhan mereka tanpa rasa takut atau bergantung kepada orang lain.

Terbaru pelakon Bella Astillah ada berkongsikan video dia membawa anak lelakinya Ayden ke sebuah taman permainan indoor.

Dalam video tersebut, Ayden dilihat sedang duduk di dalam tempat duduk dan bersedia untuk turun dari gelongsor.

Tidak lupa untuk memegang pemegang yang disediakan di tempat duduk, Ayden membilang 1,2,3 sebelum berlepas. Namun ketika sedang bergelongsor tangannya terlepas dari pemegang.

Akibatnya kanak-kanak itu jatuh bergolek keluar dari tempat duduk tersebut sebaik mendarat. Namun reaksi Ayden yang menunjukkan geram dan muka marah buat ramai rasa comel.

“Aku ulang banyak kali weh..”

“Mujur kecederaan tak serius…”

“Nasib x nangis…”

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment on "Reaksi Mar4h Bikin Lucu, Anak Bella Astillah Jatvh Bermain Gelongsor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*