Wanita Ini Masih Kerah Keringat Jual Kuih Di Jalanan Biar Tanpa Kedua Tangan, Kaki. Demi Anak Tercinta!

Jika kita hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur dan mengenal erti agama, nescaya perjalanan hidup sentiasa tenang biarpun berat mata yang memandang. Namun tak semua antara kita faham erti ujian yang Tuhan turunkan kepada hambaNya ini.

Apa yang kita tahu adalah merungut dan sering meny4lahkan takdir. Ternyata berbeza dengan individu kvrang upaya ini. Bergelar ibu tanpa mempunyai kedua-dua belah tangan dan kaki sangat lah berat untuk dia melalui kehidupan tatkala terp4ksa membesarkan anak-anak.

SARA ANAK DENGAN HANYA MENJUAL KUIH DI JALANAN

Walau bagaimanapun, kekvrangan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari nafkah hanya dengan menjual kuih di jalanan. Tidak ada sedikit pun kata k3sal atau mervngut yang terkeluar dari bibirnya.

Kisah ketabahan wanita ini dikongsikan sendiri oleh usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri melalui instagram miliknya beberapa jam yang lalu. Berikut perkongsian asal penulisan Aliff Syukri:

“Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah menc4bar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat.”

MAHAL PENG0RBANAN SEORANG IBU

“Beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan. Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar peng0rbanan seorang ibu ini.”
“Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana.” Kongsi Aliff.
Ibu tunggal ini dikenali sebagai Zarina binti Abu Safian atau lebih selesa disapa Kak Ina. Sebelum ini dia pernah mendapat liputan dan juga bantuan daripada beberapa youtuber terkenal Malaysia yang memaparkan kisah yang berlaku dalam hidupnya.
 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah mencabar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat, beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan. Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar pengorbanan seorang ibu ini. Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana. . . Kalau korang nak tahu apakah yang berlaku dengan mak cik ini, korang boleh tengok dekat Youtube Tv Terlajak Laris..

Siaran dikongsi oleh Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) pada

ADA DI SEKITAR LRT MASJID JAMEK DAN TAMAN SRI RAMPAI

Apa yang menjadi kekuatan kepada Kak Ina adalah impian dan juga hatinya yang ikhlas dalam mencari nafkah tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai demi membesarkan anak-anaknya.

Difahamkan dia sentiasa ada di sekitar Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur untuk menjual hasil kuih-muih yang dihasilkan setiap hari.

Semoga kisah Kak Ina ini dalam mengerah keringat mencari nafkah memberi contoh yang baik buat kita semua agar tidak pernah menyerah k4lah dan juga salah sangka kepada uj1an yang Tuhan aturkan buat hambanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Dato’ Seri Aliff Syukri, Youtbe FS Channel via info meecks

Be the first to comment on "Wanita Ini Masih Kerah Keringat Jual Kuih Di Jalanan Biar Tanpa Kedua Tangan, Kaki. Demi Anak Tercinta!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*