Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di KLIA

KUALA LUMPUR: Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang, awal pagi ini.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia susulan penularan coronav1rus yang melanda wilayah di China itu, tiba pada jam 5.57 pagi.

Sebaik tiba di sini, penumpang dan kru pesawat AK8264 berkenaan, terus dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan.

Pesawat berkenaan membawa pulang 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei, selain 12 kru pesawat, lapan petugas misi HADR dan enam pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing.

Difahamkan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung baki rakyat Malaysia yang tidak dibawa pulang dari Wuhan dalam masa terdekat.

Semalam, pesawat khas itu berlepas ke Wuhan dari klia2 pada jam 4.38 petang.

Pesawat berkenaan turut membawa bersama 500,000 sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi menangani penularan coronav1rus (2019-nCoV).

Semua penumpang terbabit akan melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan, sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Berita berkaitan

Rakyat Malaysia dari Wuhan ditempatkan di pusat pemantauan

 

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BH ONLINE via rose merah 

Be the first to comment on "Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di KLIA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*