“Buat Kerja Amal, Basuh Telekung Tenangkan Jiwa Saya” – Mak Jah

PELAKON veteran dikenali Mak Jah, 72, akur masih gagal menebus barang kemas yang digadainya untuk membiayai kos raw4tan peny4kit k4nser r4him dihidapi.

Mak Jah atau nama sebenar Maimunah Ahmad disahkan menghidap k4nser r4him tahap satu sekitar tiga tahun lalu.

Bersyukur keadaan kesihatannya semakin baik, Mak Jah juga berkata dia kini sudah tidak berlakon lagi dan hanya berehat di rumah.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan peny4kit saya beransur baik. Untuk berlakon, buat masa sekarang saya memang tiada tawaran.

“Jadi, bila dah tak kerja saya memang tak boleh nak tebus semula barang kemas sudah digadai itu kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.

“Lagi pun, dengan keadaan kesihatan saya yang sakit pastinya pihak produksi pun bimbang nak beri tawaran

“Mana tahu, saya jatuh s4kit di lokasi. Malah, saya pun sebenarnya tak mahulah menyusahkan orang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mak Jah lagi, dia pun masih perlu mengikuti raw4tan pemeriksaan berkala di hospital dan klinik kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan.

“Walaupun sudah tidak berlakon, namuun saya masih juga sertai aktiviti seni yang termampu dilakukan.

“Dapatlah juga saya mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan. Malah, ada juga rakan artis lain yang membantu termasuk anak-anak,” katanya.

Masih mampu berjalan dan mengurus diri dengan baik, Mak Jah berkata bagi mengisi masanya dia juga melakukan aktiviti kebajikan.

“Setiap minggu saya akan ke beberapa surau di pusat membeli-belah atau kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi menghantar telekung bersih dan mengambil yang k0tor dibawa balik ke rumah untuk dibasuh.

“Melakukan kerja amal ini sangat menenangkan jiwa saya walaupun hanya membersihkan kelengkapan untuk orang bersolat,” katanya.

Ujar Mak Jah, pada usianya kini dia lebih tenang dan selesa membuat kerja amal dan tidak lagi memikirkan kerjaya lakonannya.

Mak Jah yang sudah membintangi lebih 100 drama dan menjayakan berpuluh-puluh filem berkata dia juga bahagia menguruskan keperluan seorang cucunya, Erin, yang juga kanak-kanak istimewa di rumah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : Hmetro 

Be the first to comment on "“Buat Kerja Amal, Basuh Telekung Tenangkan Jiwa Saya” – Mak Jah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*